Ulang tahun MN: PAS komited perkukuh hubungan demi Islam, Melayu

0
2

MUAFAKAT Nasional (MN) akan terus diperkukuhkan dan disegarkan demi memperkasakan agenda Islam, orang Melayu, Bumiputera tanpa menafikan hak agama serta kaum yang lain.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata MN dibentuk secara rasmi dalam Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka, PWTC pada 14 September 2019.

“Muafakat Nasional dibentuk secara rasmi dalam Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka, PWTC.

“Majlis yang penuh rasa hiba dan syukur akhirnya membawa kepada pemeteraian Piagam Muafakat Nasional yang penuh bersejarah,” katanya menerusi Facebook sempena Ulang Tahun Muafakat Nasional Kedua, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, dua tahun bukan tempoh yang panjang namun beliau memberi jaminan hubungan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan dan disegarkan.

“Semoga Allah kurniakan taufiq dan inayah kepada kita semua.

“Mari kita berganding bahu mendukung aspirasi Muafakat Nasional demi merealisasikan Malaysia yang sejahtera. Selamat Ulang Tahun Kedua, Muafakat Nasional,” katanya.

Piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Elemen berkenaan terkandung dalam piagam yang ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019.

Piagam MN yang ditandatangani Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here