‘Mangkuk’ hangatkan Dewan Rakyat

0
2

[Parlimen] HARI kedua Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 berlangsung sedikit ‘panas’ dengan pertikaian berhubung isu sekatan terhadap Ahli Dewan Rakyat untuk memasuki Parlimen pada 2 Ogos lalu.

Persoalan bermula apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoal mengapa polis menyekat hak ahli Dewan Rakyat ke Parlimen.

Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta penjelasan mengapa beliau disekat untuk ke pejabat Ketua Pembangkang.

Kemudian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bangun menjelaskan bahawa ditangguhkan dan tiada keperluan untuk ahli Dewan Rakyat hadir ke Parlimen lagi.

Dalam masa yang sama, Hamzah menjelaskan yang pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini dalam peringkat perbincangan untuk mengurangkan kompaun kepada Ahli Parlimen yang berkumpul pada 2 Ogos lalu.

“Tidak ada dua darjat antara Ahli Parlimen dengan rakyat lain yang berkumpul sebegitu. Sebab itu kita terpaksa minta maaf, kita bagi kompaun kerana berkumpul yang melanggar undang-undang,” ujarnya.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut dicelah oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menjelaskan perkumpulan Ahli Parlimen itu tidak akan berlaku jika mereka dibenarkan masuk ke Parlimen.

“Kalau benarkan masuk tiada la berkumpul. Kami mahu ambil barang apa punya ‘mangkuk’,” kata Mahfuz.

Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dan diteruskan dengan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Hamzah juga meminta kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk menghabiskan penjelasannya yang berhubung isu tersebut sebelum diteruskan sesi dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Who. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here