Kes turun: Inisiatif tingkat vaksinasi Wilayah Persekutuan berhasil

0
2

USAHA mempertingkatkan kadar vaksinasi di Wilayah Persekutuan menampakkan hasil apabila kes positif menunjukkan trend penurunan.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata sebelum ini Wilayah Persekutuan terutamanya Labuan dan Kuala Lumpur mempunyai bilangan kes Covid-19 yang tinggi.

“Kita menambah pelbagai usaha seperti trak vaksin bergerak agar kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan.

“Hari ini kita nampak hasilnya dengan tren kes positif yang menurun,” katanya menerusi Facebook.

Annuar yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, inisiatif itu juga membawa kepada penurunan jumlah harian kematian, pesakit yang diwadkan dan juga pesakit di ICU yang berkait dengan Covid-19 dalam Wilayah Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here