Guan Eng mengaku tidak bersalah

0
3

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan t di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid di Mahkamah Sesyen Butterworth, seperti dilaporkan Bernama, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng, didakwa menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu, Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.

Beliau juga Ahli Parlimen Bagan itu turut dituduh menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. – Malaysiapost