Lebih 73% populasi dewasa lengkap vaksin

0
3
vaksin uitm

Seramai 17,177,911 individu atau 73.4 peratus populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Berdasarkan infografik dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Facebook, seramai 21,372,276 individu atau 91.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Justeru, jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 38,488,051 dos.

Peratusan populasi keseluruhan yang menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat ini adalah 65.4 peratus dan bagi yang lengkap dua dos vaksin pula adalah 52.6 peratus.

Lembah Klang kini merekodkan peratusan melebihi 100 peratus bagi populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 101.3 peratus.

Ia diikuti Labuan dengan 95.9 peratus, Sarawak 88.3 peratus dan Negeri Sembilan 87.9 peratus populasi dewasa yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 227,476 pemberian dos dengan 76,346 daripadanya adalah dos pertama manakala 151,130 telah melengkapkan penerimaan dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here