Status FB cetus kecaman netizen, PKD Kerian akan ambil tindakan

0
2

Nurul Huda Abhar

SETELAH hantaran di Facebook (FB) mengundang kecaman hebat netizen, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan memuat naik status yang dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran di akaun FB rasminya, PKD Kerian memaklumkan pihaknya sedang menyiasat mengenainya.

“Pihak PKD Kerian ingin memohon maaf. Pihak kami sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” dalam hantaran permohonan maafnya hari ini.

Hantaran tersebut dikatakan berkaitan dengan status terdahulu yang dimuat naik di FB PKD Daerah Kerian berhubung dengan kematian pesakit Covid-19.

“Kalau nasib baik,sembuh…nasib tak baik,mati.. setel masalah,” katanya.

Bagaimanapun, semakan Malaysiapost mendapati hantaran tersebut sudah dipadamkan.

Terdahulu, paparan ayat daripada FB PKD Kerian mendapat kecaman hebat selepas netizen menyifatkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersifat tidak acuh dengan nyawa pesakit Covid-19.

Membuatkan netizen lebih berang apabila hantaran tersebut menyifatkan pesakit Covid-19 meninggal dunia akan menyelesaikan masalah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here