Guan Eng puji KJ lantik wakil DAP penyelaras Covid-19

0
2

DAP mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung pelantikan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim daripada parti itu sebagai penyelaras Covid-19 antara kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau juga memuji Menteri Kesihatan dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kerana menyedari betapa serius keadaan Covid-19 di Pulau Pinang.

Pada masa sama, katanya, mereka menerima cadangan beliau untuk menyelesaikan masalah itu dengan melantik Steven sebagai Penyelaras Covid-19 yang dapat membolehkan semua pihak bersama-sama menang dalam pertempuran melawan wabak tersebut.

“Steven menggariskan enam perkara yang ingin difokuskannya sebagai Penyelaras Covid-19 Kerajaan Negeri-Persekutuan.

“Antaranya menambah kapasiti sistem penjagaan kesihatan; mengurangkan masa respon bagi pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan; penilaian dan penguatkuasaan risiko lebih cekap terutama di kilang-kilang.

“Selain itu memastikan bekalan vaksin yang stabil agar 100 peratus penduduk dewasa Pulau Pinang diberi vaksin lengkap bulan depan; memastikan penjagaan kesihatan bagi mereka yang berada di bawah kuarantin rumah untuk mengurangkan jumlah kes kematian “Brought-In-Dead”, dan lebih ketelusan dalam statistik harian Pulau Pinang,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam Khairy ketika sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, mengumumkan Steven dilantik sebagai penyelaras pengurusan Covid-19 antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here