SEBANYAK 99.9 peratus daripada 5,291 kes baharu Covid-19 di Sarawak adalah melibatkan tahap satu yang tiada gejala dan tahap dua dengan gejala ringan.
Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata jumlah kes baharu hari ini adalah dari 28,065 keputusan sampel yang diuji.
Katanya, kadar positif adalah 18.8 peratus dan meningkat daripada purata 14.5 peratus sebelum ini.
“Ini menunjukkan penularan ini telah berlaku secara meluas dalam komuniti.
“Peningkatan kes harian di Sarawak menyebabkan peningkatan aktiviti pengesanan kontak di semua bahagian di Sarawak terutama di lokaliti mempunyai kluster aktif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr Mohamed Sapian menjelaskan, bilangan sampel yang tinggi ini telah membebankan kapasiti makmal sedia ada memandangkan tempoh masa diperlukam untuk memperoleh keputusan ujian (turn around time) walaupun melalui penyumbeluaran yang telah dilaksanakan.
Katanya, ini menyebabkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima hari.
Walaupun terdapat tunggakan masa dalam memperoleh keputusan, Dr Mohamed Sapian berkata, semua kontak yang berisiko telah diberi Home Surveillance Order (HSO) bagi mengelak jangkitan dalam komuniti.
Susulan rekod terbaharu ini, jumlah jangkitan harian positif Covid-19 telah mencecah telah mencecah 156,798 kes.
“Ini merupakan bilangan kes baharu harian tertinggi pernah dicatatkan di Sarawak dan hari kelapan berturut-turut jumlah kes harian harian melebihi angka 3,000 bermula 5 September lalu. – Malaysiapost

