Boleh pakai baju kemas, sopan selain uniform sekolah

0
1

PELAJAR dibenarkan memakai pakaian sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, apa yang utama adalah semangat untuk membawa kembali pelajar ke sekolah.

“Tiada sebarang denda, seboleh-bolehnya kita mahu mereka dapat kembali ke sekolah. Tiada baju (seragam sekolah) atau baju ketat dan sudah lusuh tidak mengapa, boleh pakai pakaian kemas, sopan dan sesuai.

“Kita faham ada ibu bapa mungkin menghadapi kesukaran jadi tidak mengapa jika tiada uniform… boleh hadir ke sekolah dengan pakaian yang sesuai,” katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian sekolah hari ini.

Dr Radzi berkata, sebagai langkah keselamatan murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah sekiranya bergejala dari rumah.

Katanya, sekiranya murid didapati bergejala ketika di sekolah, maka ujian saringan Covid-19 akan dilaksanakan.

“Jika murid tersebut menunjukkan gejala tertentu ketika telah berada di sekolah, maka sekolah akan menyediakan kit ujian Covid-19 air liur dan akan menempatkan murid tersebut di bilik isolasi,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here