Covid-19: Sarawak catat lebih 5,000 kes

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

ANGKA jangkitan Covid-19 di Sarawak terus melonjak apabila mencatatkan 5,291 kes hari ini.

Jumlah itu menyaksikan Sarawak masih negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu daripada keseluruhan 19,198 kes hari ini.

Keseluruhan kes positif di Malaysia pula kini mencecah 1,979,698.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Lembah Klang terus mencatatkan penurunan kes apabila merekodkan 2,723 kes iaitu 2,347 di Selangor dan 376 di Kuala Lumpur.

Johor pula mencatatkan 2,110 kes, diikuti Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

Terengganu pula mencatatkan 930 kes, Pahang (584), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan mencatatkan tiga kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here