KPM laksana sistem penggiliran, 50 peratus kehadiran dalam satu masa

0
2
sekolah spm school

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan melaksanakan sistem penggiliran bagi kehadiran murid ke sekolah semasa sesi persekolahan dibuka mulai 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sistem penggiliran tersebut melibatkan hanya 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan.

“Bagi sistem penggiliran minggu yang dinyatakan, murid dalam satu kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Untuk satu kelas hanya 50 peratus murid yang dibenarkan hadir ke sekolah dalam suatu masa.

“Sebagai contoh, bagi kelas Tingkatan Lima A ada 36 orang, maka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Jadi setiap kumpulan seramai 18 orang,” katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian sekolah hari ini.

Dr Radzi berkata, dalam sistem penggiliran yang akan dilaksanakan, kumpulan yang gilirannya tidak perlu hadir ke sekolah akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bagi kehadiran murid ke sekolah tanpa penggiliran pula hanya dilaksanakan kepada pelajar sekolah berasrama sepenuhnya, pelajar Tingkatan Enam semester 2 dan IBD tahun 2.

Katanya, selain itu, murid pra sekolah dan tadika swasta serta sekolah yang mempunyai murid yang tidak ramai iaitu kurang daripada 150 orang murid tidak perlu melaksanakan sistem penggiliran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here