Nenek 90 tahun dipukul, diperkosa berulang kali

0
3

Gambar sekadar hiasan. Foto Kredit: gettyimages

[DUNIA] DIPUKUL, dan diperkosa berulang kali, itu yang terjadi kepada seorang nenek berusia 90 tahun di India.

Memetik laporan The Sun, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa menunggu penjual susu menghantar minuman itu ke rumahnya.

Ketua Pesuruhjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal berkata, pada hari kejadian mangsa didatangi seorang lelaki menunggang motosikal yang memaklumkan penghantar susu itu tidak dapat datang ke rumahnya.

“Suspek kemudian menawarkan untuk membawa wanita berkenaan membeli susu.

“Bagaimanapun, suspek membawa wanita itu ke ladang sebelum merogol mangsa,” katanya kepada BBC.

Mangsa yang juga warga emas merayu kepada suspek untuk menghentikan perbuatan dengan alasan sudah berusia tetapi rayuannya tidak diendahkan.

Difahamkan, mangsa akhirnya diselamatkan oleh penduduk di daerah Najafgarh selepas terdengar jeritan wanita itu meminta tolong.

Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan dan lebam pada badannya termasuk di bahagian alat sulit.

“Mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan sangat trauma,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan The Times of India, suspek yang juga tukang paip berusia 37 tahun sudah ditahan polis tidak lama selepas kejadian. -Malaysiapost