Usno Baru bertanding 44 kerusi

0
2
TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA [PARLIAMENT] at Dewan Rakyat,Kuala Lumpur. Interview with Tan Sri Pandikar Amin Mulia for Sunday Star

Foto Kredit: The Star

BEKAS Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sah bertanding mewakili Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Baru pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Beliau yang bertanding di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan adalah antara 44 calon yang dikemukakan parti itu di seluruh negeri.

Pandikar adalah Ketua Umum Usno Baru yang diamanahkan mengetuai cabaran parti itu pada PRN kali ini dengan misi untuk membentuk kerajaan.

Parti itu bergerak sendiri sama seperti Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) dengan perjuangan tertumpu kepada perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Usno adalah sebuah parti lama yang diasaskan bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama, Tun Datu Mustapha Datu Harun pada 1961 untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

Parti itu dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 1996 selepas dibubarkan pada 1990 bagi memberi laluan kepada Umno mengembangkan sayap ke Sabah.

Ia kemudian dihidupkan semula pada 2013 sebelum Pandikar dilantik sebagai Ketua Umum parti itu, baru-baru ini untuk mengetuai kemunculan semula parti itu secara meluas dalam PRN.

Kerusi ditandingi Usno pada PRN kali ini ialah Banggi, Bengkoka, Pitas, Tanjung Kapor, Bandau, Tandek, Pintasan, Tempasuk, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Inanam, Likas, Tanjung Aru dan Petagas.

Selebihnya ialah Tanjung Keramat, Limbahau, Kawang, Pantai Manis, Klias, Kuala Penyu, Lumadan, Sindumin, Karanaan, Bingkor, Melalap, Kemabong, Tulid, Labuk, Sungai Manila,  Sekong, Karamunting, Tanjung Papat, Sukau, Tungku dan Segama.

Seterusnya ialah Silam, Kunak, Senallang, Bugaya, Balung, Kukusan, Merotai dan Sebatik.-Malaysiapost