Shabudin dilantik Pengerusi AIM

0
2

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, 56, dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menggantikan Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 Ogos lalu.

Dalam kenyataan media, AIM menjelaskan Shahbudin pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.

“Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang.

“Atas kepimpinan dan pengalaman yang dimiliki ini, beliau diyakini dapat menerajui AIM yang kini memiliki seramai 356,024 Sahabat kepada satu tahap yang lebih baik dan cemerlang,” kata kenyataan itu.

Shabudin akan mengambil alih pengurusan AIM yang kini telah mempunyai lebih 370,000 Sahabat di seluruh negara.

AIM sebelum ini ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin bagi membiayai apa sahaja usaha untuk meningkatkan pendapatan.

“Bagi pihak AIM, kami mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Shabudin. Semoga pelantikan ini dapat meningkatkan lagi peranan dan fungsi AIM.

“Terutamanya dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi isi rumah golongan yang berpendapatan rendah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here