Penambahbaikan Parlimen permulaan baik buat kerajaan, pembangkang – Anwar

0
2

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha kerajaan melaksana sejumlah penambahbaikan Parlimen dan pentadbiran kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia adalah satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan beliau dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Ogos lalu.

“Saya mengalukan kenyataan Perdana Menteri semalam terkait ikhtiar Kerajaan melaksana sejumlah penambahbaikan Parlimen dan pentadbiran Ke

“Ini adalah satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan saya dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, Anwar berkata, proses perbincangan antara kerajaan dan pembangkang masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19

Katanya, ia termasuk menjaga nyawa dan keselamatan diri dari ancaman wabak dan membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pendapatan dan pekerjaan.

“Justeru itu, antara lain Pakatan Harapan (PH) turut mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion untuk segera meringankan beban hidup rakyat.

“Keutamaan PH semestinya berteraskan reformasi Parlimen, reformasi fiskal dan program pro-rakyat termasuk moratorium pinjaman bank buat golongan M40 dan B40, dan kebebasan institusi kehakiman,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi menegaskan pendirian PH bahawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri perlu diadakan secepat mungkin pada sidang Parlimen minggu depan.

“PH melihat bahawa masih wujud keperluan ia diadakan secepat mungkin pada sidang Parlimen kali ini berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.

“(Ia) bagi mengabsahkan bahawa Perdana Menteri telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Anwar berkata, PH akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang dengan menekankan isu tatakelola Kerajaan yang baik serta ketegasan membasmi rasuah.

“Wajar ditegaskan tuntutan agar pembangkang diberi layanan setimpal, dan akan memainkan peranan sewajarnya dalam menyemak dan mengimbangi pihak Eksekutif. Kami akan sentiasa lantang memperjuangkan keadilan untuk rakyat,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, tawaran dan komitmen kerajaan itu selaras dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan meliputi tujuh perkara iaitu Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Tujuh perkara dikemukakan bagi melaksanakan transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here