Jangka hayat Umno panjang jika perjuangan seiring aspirasi rakyat

0
2
bangunan umno

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, jangka hayat parti itu akan kekal lama sekiranya perjungannya kekal seiring dengan aspirasi rakyat.

Beliau berkata, ini kerana hayat sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa.

“Setiap Parlimen ada hayatnya. Di negara kita, tidak lebih 5 tahun.

“Namun hayat sebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat terhadap perjuangannya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, perjuangan Umno ‘wajib’ untuk masa depan bangsa dan negara, bukan untuk kumpulan dan masa tertentu.

“Selagi perjuangan Umno seiring dengan aspirasi rakyat, hayat Umno akan melangkaui tempoh setiap satu PRU (Pilihan Raya Umum).

“Kerana itu, perjuangan Umno wajib demi masa depan bangsa dan negara. Bukan untuk kumpulan dan masa tertentu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here