Dewan Rakyat: Ahli Parlimen jalani saringan Covid-19

0
1

AHLI-Ahli Parlimen dan petugas yang akan menghadiri sidang Dewan Rakyat bermula yang dijadualkan bermula Isnin ini, menjalani ujian saringan Covid-19 di bangunan Parlimen, pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan antara Ahli Parlimen yang menjalani ujian berkenaan hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ahli Parlimen Pontian itu dalam ciapannya di Twitter yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengendalikan ujian terbabit.

“Ujian PCR di Parlimen bersama Ahli Parlimen serta staf hari ini. Terima kasih kepada KKM.

“Persiapan untuk sidang Parlimen minggu depan yang akan dibuka Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berharap sidang Dewan Rakyat dan sidang Dewan Negara terus unggul untuk memperjuangkan nasib rakyat dan ‘Keluarga Malaysia’.

Sebelum ini, media melaporkan, mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari berbanding 15 hari yang dijadualkan sebelum ini pada 6 September hingga 30 September ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin kepada semua Ahli Dewan Rakyat bulan lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here