Rentas negeri, KJ harap rakyat bersabar

0
2

Nilam Oshman

RENTAS negeri akan dilaksanakan bergantung kepada penurunan indikator nilai ambang kes Covid-19 dan kapasiti hospital semakin baik, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa melihat data dan penilaian risiko wabak Covid-19 sebelum ia diumumkan pada masa yang tepat.

Justeru, Khairy meminta orang ramai untuk bersabar kerana sekiranya kedua-dua faktor itu berlaku, beliau akan mengesyorkan perkara tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bila kita rasa tepat pada masanya, dan melihat indikator-indikator Covid-19 ini turun dan juga kapasiti penjagaan kesihatan kita agak baik, kita akan syorkan kepada MKN untuk benarkan rentas negeri.

“Buat masa sekarang, saya harap kita bersabar sikit lagi,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here