Endemik bukan mengaku kalah, terima hakikat – KJ

0
2
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

Nilam Oshman

KLASIFIKASI Covid-19 sebagai endemik dijangka pada Oktober bukan bermaksud mengaku kalah, tetapi terima realiti, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, selain Malaysia, Singapura, Australia dan New Zealand turut mengisytiharkan endemik, ia kerana untuk menjadikan kes Covid-19 kembali sifar agak sukar, disebabkan kemunculan varian baharu seperti varian Delta yang lebih cepat merebak dan bahaya.

Katanya, negara-negara ini terima hakikat bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan virus ini.

“Dengan adanya varian Delta ini, saintis seluruh dunia mengatakan untuk mencapai imuniti kesihatan agak susah sebab itu kita ‘end point’ peringkat endemik dan ini bukan saja Malaysia yang nyata, Singapura pun sudah nyatakan bahawa Covid-19 adalah endemik.

“Saya rasa tidak ada negara yang akan menyatakan penerimaan Covid-19 ini sebagai virus endemik adalah mengaku kalah terhadap pandemik ini.

“Ia bukan mengaku kalah tapi it’s to adapt reality on the ground (ia untuk menyesuaikan realiti di lapangan),”

“Negara seperti Singapura juga terima hakikat bahawa kes tidak boleh menjadi sifar anymore. mereka umumkan semalam untuk berhenti link cases, begitu juga Australia, New Zealand yang menerima kenyataan ini,” katanya.

Khairy berkata, walaupun negara sudah melaksanakan lockdown tetapi ia sukar dengan kemunculan virus terutama Delta dan pelbagai varian baru lagi.

“Jadi, kita terpaksa terima hakikat kita hidup dengan virus ini. Maka, andaian saya dengan vaksinasi yang tinggi, pada akhir Oktober kita mula peralihan kepada endemik stage.

“Tetapi bergantung kepada tingkah laku kita dalam dua bulan ini, jangan bila semua sudah divaksinasi, tak perlu ikut SOP. Bukan, itu yang perlu kita tekankan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here