Masalah akses jalur lebar Pos Lemoi selesai Oktober ini – Annuar

0
2

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited untuk memberi kemudahan akses kepada seluruh rakyat menerusi perkhidmatan jalur lebar berkualiti termasuk di kawasan pedalaman.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya sedang mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah dialami di Pos Lemoi, Cameron Highlands seperti tular baru-baru ini.

Beliau merujuk isu Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dihadapi warga Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Highlands susulan tiada akses internet.

“Terdapat sebuah menara komunikasi di Pos Lemoi terletak 100 meter dari sekolah tersebut yang kini di peringkat akhir pemasangan gentian optik.

“Kerja-kerja pemasangan gentian optik itu akan memberi perkhidmatan 4G dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2021,” katanya di Twitter, hari ini.

Annuar turut memuji warga pendidik sekolah berkenaan yang berusaha memberikan pendidikan walaupun berdepan cabaran.

“Sentuhan seorang guru boleh memberikan sumbangan yang tidak ternilai buat negara.

“Alhamdulillah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bergerak pantas untuk menyiasat keadaan di sekitar Sekolah Kebangsaan Lemoi, Cameron Highlands yang mempunyai seramai 127 orang pelajar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here