Pawagam dibuka, bagaimana pula SOP masjid?- Saifuddin Nasution

0
2

SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta kerajaan membuat keputusan serta peraturan jelas berhubung prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat dan berjemaah di masjid.

Ini kerana, katanya, SOP berkenaan solat berjemaah dan Jumaat di masjid serta surau masih terhad dan berbeza mengikut negeri.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan keputusan kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi sedangkan ia adalah tempat tertutup yang lebih berisiko berlaku penularan Covid-19.

“Pagi ini tonton AWANI. Berita industri kreatif, pawagam sudah boleh dibuka. Kerajaan mula buka aktiviti ekonomi. Itu alasannya.

“Namun, pawagam tempat tertutup dan satu tayangan makan masa dua jam paling kurang. Risiko jangkitan Covid-19 lebih besar.

“Masjid? Solat waktu berjemaah dan solat jumaat masih terhad dan berbeza mengikut negeri. Biar ada keputusan dan peraturan yang jelas serta tuntas dalam hal ini,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran kepada industri kreatif termasuk persembahan langsung dan pembukaan pawagam bagi negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Justeru, pawagam dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti kerusi, serta untuk individu yang telah lengkap dua dos vaksin sahaja, bermula hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here