100% kakitangan projek ECRL sudah divaksin

0
3

KONTRAKTOR Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), mengumumkan kejayaan memberi vaksin Covid-19 kepada 100 peratus pihak
pengurusan dan kakitangannya.

CCC-ECRL menerusi kenyataan memaklumkan keseluruhan tenaga kerja ECRL termasuk subkontraktor dan pembekal tempatan dalam projek itu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin berkenaan.

Ia seterusnya menyasarkan proses vaksinasi dua dos lengkap menjelang penghujung September.

“Inisiatif ini bagi memastikan semua yang terlibat di 164 lokasi utama, termasuk kerja penggalian bagi 10 terowong, mendapat imuniti lengkap dalam memastikan projek mega negara itu dapat terus dijalankan.

“Malah, ia penting untuk mengelak kelewatan perkembangan projek disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ketat, pengurangan kakitangan dan waktu kerja dipendekkan.

“Selain kelewatan penghantaran peralatan dan bahan binaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri-negeri berlainan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun vaksin untuk inisiatif itu dibekalkan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19
(CITF), segala kos penyelenggaran Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) serta yuran pengurusan untuk pengamal perubatan am swasta dan kakitangan kesihatan ditanggung oleh CCC-ECRL dan pemilik aset projek ECRL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here