Covid-19: Kes di Lembah Klang terus catat penurunan

0
3
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

SEBANYAK 18,547 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, meningkat sedikit berbanding 17,352 kes semalam.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia terus meningkat menghampiri 1.9 juta iaitu 1,880,734 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Sarawak masih mencatatkan jangkitan tertinggi selepas tiga hari berturut-turut melepasi 3,000 kes, iaitu 3,200 hari ini.

Ia diikuti Selangor iaitu 2,407 kes, Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197).

Manakala Pahang merekodkan 742 kes, Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448) dan Negeri Sembilan (229).

Di Putrajaya sebanyak 22 kes, Perlis (20) dan Labuan empat kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here