GTSM rayu kerajaan longgar SOP penumpang teksi

0
3

GABUNGAN Teksi Malaysia (GTSM) meminta kerajaan mempertimbangkan sedikit kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) kapasiti penumpang di dalam kenderaan perkhidmatannya.

Harapan itu disuarakan GTSM menerusi surat rayuan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Menerusi kenyataan, Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Hussain memaklumkan ketika ini SOP hanya membenarkan perkhidmatan teksi dan E-hailing membawa seorang penumpang sahaja, manakala dua penumpang hanya untuk urusan kesihatan.

“Namun memandangkan negara kini dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan banyak sektor telah dibenarkan beroperasi, kami merayu kepada kerajaan agar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan kepada kami diberi sedikit kelonggaran.

“Iaitu dengan membenarkan sekurang-kurangnya dua orang penumpang dan ke atas. Kami berharap rayuan kami akan diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya menteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here