Bajet 2022: Kerajaan mahu cadangan, pandangan rakyat

0
3

KEMENTERIAN Kewangan mengalu-alukan pandangan serta cadangan daripada rakyat Malaysia untuk dilaksanakan dalam Bajet 2022 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan.

Perkara itu dikongsi Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menerusi Facebooknya hari ini yang meminta orang ramai berkongsi cadangan serta pendangan sebelum 15 September ini.

“Apakah yang anda inginkan dari #Bajet2022? Kami mahukan pandangan anda sebagai #KeluargaMalaysia.

“Kongsikan cadangan anda melalui https://budget.mof.gov.my selewat-lewatnya pada 15 September 2021. Bersama kita wujudkan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Minggu lalu, Tengku Zafrul sebaik dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dilaporkan berkata keutamaan Bajet 2022 pastinya memulihkan ekonomi rakyat dan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, langkah untuk memulihkan semula sektor-sektor yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19, dan pembaharuan struktur untuk Malaysia bangkit sebagai ekonomi yang lebih mampan dan berdaya saing.

Beliau juga memaklumkan kerajaan akan merangka Bajet 2022 sebagai belanjawan yang inklusif seiring dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12). – Malaysiapost

Portal Belanjawan (https://budget.mof.gov.my/)
Laman Web Khas Bajet 2022 Kementerian Kewangan
Laman Web Khas Belanjawan, Kementerian Kewangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here