PM, tolong ubah dua keputusan Kabinet – Zamil

0
3
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi lapan adik beradik yang telah kehilangan ibu bapa disebabkan pandemik Covid-19 di Bukit Beruntung hari ini.

TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meletakkan nama kerajaan baharu ini sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0.

Menurutnya, permintaannya kepada Ismail Sabri berkaitan perkara tersebut termasuk jawatan baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ada dua permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri boleh sebut keputusan Kabinet. Orang ramai tak tahu itu keputusan Datuk Seri.

“Iaitu yang pertama, tolong kembalikan nama kerajaan ini kerajaan Perikatan Nasional 2.0 bukan kerajaan Keluarga Malaysia.

“Yang lebih dari kita sasarkan, sama seperti dulu. Jadi untuk apa kerajaan Keluarga Malaysia. Ini bukan kerajaan Keluarga Malaysia dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Pengerusi Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

“Saya nak nyatakan di sini, ini kerajaan PN 2.0 saya bersetuju dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, yang menyatakan ini bukan kerajaan BN tapi kerajaan campuran,” katanya menerusi rakaman video di Facebooknya.

Selain itu, Zamil turut berharap jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), dijadikan setaraf Perdana Menteri kerana kredibilitinya memegang jawatan itu sebelum ini.

“Yang kedua, berkenaan dengan Tan Sri Muhyiddin dilantik bertaraf Menteri, itu tak betul, Datuk Seri kerana beliau bekas Perdana Menteri jadi lantik dia sebagai pengerusi bertaraf Perdana Menteri baru sama level dengan Datuk Seri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here