PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Beliau berkata, pihaknya telah mendengar penjelasan Amiruddin terkait isu tersebut.
“Dan pada dua hari selepas itu, saudara Amiruddin Shari juga telah bertemu dengan saya untuk perbincangan lanjut terkait hal yang sama.
“Oleh yang demikian, saya percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang selaras dengan dasar parti terkait pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar dan hutan simpan,” katanya menerusi Facebook.
Pada 3 September lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan satu memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
Ia bagi mengadakan satu pendengaran awam dengan segera berkaitan penyahwartaaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, seluas 536.7 hektar tersebut. – Malaysiapost

