Kematian harian di Lembah Klang bukan keadaan sebenar – KJ

0
2

KADAR kematian harian akibat Covid-19 di Lembah Klang tidak merujuk situasi sebenar disebabkan data kes tertunggak atau ‘backlog’, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau menjelaskan, data dikeluarkan setiap hari sejak kebelakangan ini bukan kematian dalam tempoh 24 jam, sebaliknya ia adalah data yang dimasukkan selepas kemas kini dibuat.

“Jumlah kematian yang kita laporkan setiap hari itu bukanlah jumlah kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Terdapat banyak ‘backlog’ kes kematian… sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat Covid-19 atau tidak,” katanya dipetik Astro Awani, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menguruskan kemas kini data kes kematian yang tertunggak dan bilangannya akan dilihat menurun dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.

“Di Lembah Klang, kita akan dapat lihat penurunan kadar kematian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi apabila selesai mengemas kini data ‘backlog’ kematian,” katanya.

Terdahulu, Khairy mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Sabah di Kota Kinabalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here