Covid-19: Selangor bukan lagi ‘juara’ Covid-19

0
2

BUAT pertama kali sejak sekian lama, Selangor bukan lagi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19.

Sebaliknya kes tertinggi yang dilaporkan hari ini adalah Sarawak yang merekodkan 3,714 kes manakala Selangor mencatatkan 2,126 jangkitan baharu.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Johor antara negeri mencatatkan lebih 2,000 kes iaitu 2,101.

Sementara itu, lima negeri merekodkan kes melebihi angka 1,000 iaitu Sabah dengan 1,844 kes, diikuti Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213) dan Perak (1,082).

Terengganu mencatatkan 700 kes, manakala Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295) dan Negeri Sembilan (193).

Perlis pula merekodkan kes baharu sebanyak 38 kes, diikuti Putrajaya (23) dan Labuan hanya mencatatkan lima kes.

Sementara itu, jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini menurun kepada 17,352 kes berbanding 20,396 kes semalam.

Angka itu menjadikan kes keseluruhan setakat ini adalah 1,862,187 kes direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here