Perdana Menteri tak boleh terima derma walau dengan ikhlas – Tun M

0
2

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata seseorang Perdana Menteri tidak boleh memiliki wang yang banyak.

Kata Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu, penerimaan derma oleh seseorang Perdana Menteri juga salah walaupun ia diberikan dengan ikhlas.

“Jika ada duit diterima, ia untuk parti. Tetapi jika masuk akaun peribadi, itu salah.

“Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campur tangan.

“Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas ia menjadi Perdana Menteri hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Mahathir berkata biasanya Perdana Menteri tidak kaya dan jika kaya tentulah Perdana Menteri tersebut mengisytihar kekayaannya ketika dilantik.

“Bahkan awal-awal lagi dia dikenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.

Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi Perdana Menteri jadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here