Hazani mulakan tugas sebagai Pengarah KDNKA hari ini

0
2

DATUK Hazani Ghazali hari ini memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai Jun 2017 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada Ogos tahun lalu.

Hazani, 56, juga pernah memegang jawatan sebagai Komander Unit Tindakan Khas (UTK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

PDRM menerusi hantaran di Facebooknya hari ini mengucapkan tahniah kepada Hazani yang memulakan tugas di KDNKA.

“Seluruh warga kerja PDRM mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Datuk Hazani Ghazali di atas pelantikan sebagai Pengarah KDNKA yang baharu.

“Selamat menjalankan tugas dan amanah demi pasukan dan negara,” tulis hantaran itu.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Hazani adalah calon paling sesuai untuk jawatan Pengarah KDNKA atas pengalamannya berkhidmat dalam pasukan PDRM.

Acryl berkata, beliau yakin Hazani dapat memberi fokus kepada ancaman yang berbentuk subversif dan jenayah rentas sempadan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here