Pemuda Umno akan terus jadi jurubicara rakyat – Asyraf Wajdi

0
3

PEMUDA Umno tidak akan berhenti menyuarakan tuntutan rakyat malah turut menjadi lidah penyambung dan jurubicara rakyat bagi mengangkat isu-isu menyentuh kepentingan semua kepada pihak kerajaan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuntutan rakyat yang pernah diutarakannya sebelum ini telah dibentang dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Ogos lalu.

“Sejak itu, saya sendiri ‘follow-up’ dengan Pejabat Perdana Menteri bagi memastikan beberapa isu mendesak seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) agar dapat segera dikreditkan ke akaun penerima.

“Minggu ini sedang berusaha dapatkan slot temujanji untuk bertemu dengan CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar dapat membawa suara rakyat yang menuntut agar i-Citra ditambahbaik dengan membenarkan pencarum mengeluarkan kadar minimum RM10,000 secara one-off atau jumlah yang berkadaran dengan baki minimum yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda Umno juga akan terus mendapatkan maklum balas daripada pihak Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi isu-isu selanjutnya yang dibawa dalam tuntutan rakyat.

“Pemuda Umno juga akan terus follow-up dengan pihak Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar isu-isu lain berkaitan Moratorium tanpa faedah terakru, moratorium LPPSA, database Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), birokrasi dalam rayuan dan perkara-perkara lain dalam #TuntutanRAKYAT dapat dipenuhi oleh kerajaan.

“Doakan agar usaha ini dipermudahkan demi rakyat yang berada dalam kesempitan, susah dan amat tertekan ketika ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here