Johan, Ozlynn selamat timang anak ke-6

0
2

TANPA sebarang hantaran di media sosial, sedar-sedar pasangan selebriti terkenal Johan dan Ozlynn Wati selamat menimang cahaya mata keenam mereka Jumaat lalu.

Berita gembira mengenai kehadiran orang baru dalam keluarga penyampai radio itu dimuat naik menerusi Instagram Era FM.

“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021.

Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team Era!” kata hantaran itu.

Dalam hantaran tersebut, Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim Mohammad Aziz dilihat sedang tidur sambil memangku bayinya di atas sofa.

Ramai pihak termasuk peminat masih terkejut dengan kelahiran anak keenam pasangan tersebut.

Ini kerana, Johan mahupun Ozlynn yang juga seorang pelakon tidak pernah berkongsi berita tentang kehamilannya kali ini kepada umum.

Malah, dalam Instagram pasangan tersebut masih tidak berkongsi tentang berita kelahiran anak mereka.

Semakan di ruangan komen Instagram pasangan tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here