Pesawat TUDM terbang rendah sekitar Labuan, Kota Belud

0
3

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud di Sabah mulai 7 hingga 17 September 2021 yang melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

Menerusi kenyataan hari ini, TUDM memaklumkan eksesais selama dua minggu itu bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang TUDM, anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

“Di samping itu, eksesais ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama.

“Ia juga melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang diwartakan kawasan latihan,” kata kenyataan itu.

Susulan TUDM meminta orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang
tempoh eksesais. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here