SPAN cari lelaki sengaja tendang paip meter

0
3

SURUHANJAYA Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mengesan seorang lelaki yang sengaja merosakkan meter paip dengan menendangnya ketika berjalan di kaki lima kedai.

Tindakan lelaki tersebut yang bersama seorang wanita dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di laluan kaki lima itu dan dimuatnaik di Facebook suruhanjaya itu hari ini.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, lelaki tersebut berbuat demikian ketika berjalan bersama seorang wanita.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi video tersebut dirakam.

SPAN menegaskan perbuatan laku musnah (vandalisme) terhadap fasiliti bekalan air adalah satu kesalahan jenayah.

Suruhanjaya itu tindakan merosakkan meter paip dengan sengaja adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman denda atau penjara melalui Seksyen 122 (1)(a) Akta 655 dan juga perlu menanggung sepenuhnya segala kos baik pulih kepada pihak operator air.

“Pelaku pada video disertakan sedang dijejak dan tindakan tegas bakal diambil.

“Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti laku musnah seperti ini, sila laporkan terus kepada operator bekalan air anda atau hantar maklumat ke Unit Penguatkuasaan SPAN melalui WhatsApp ke nombor 0133885000 atau emel ke [email protected],” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here