JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah 36,141,604 dos dengan 20,401,824 orang menerima dos pertama dan 15,772,760 dos kedua.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter @JKJAVMY, berkata sebanyak 300,501 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 134,559 dos pertama dan 165,942 dos kedua.
Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsi JKJAV, secara keseluruhan 62.5 peratus daripada populasi penduduk Malaysia sudah divaksinasi setakat ini dengan dos pertama, manakala 48.3 peratus lengkap dua dos.
Jumlah penduduk dewasa yang sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos pula adalah 87.2 peratus dan 67.4 peratus lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksinasi tertinggi iaitu 6,925,824 dos pertama dan 5,901,965 dos kedua. – Malaysiapost

