Menipu: Petronas sahkan kakitangan kontraktor ditahan

0
3

PETRONAS mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan susulan dakwaan palsu kononnya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19.

Menerusi kenyataan malam tadi, Petronas memaklumkan pekerja itu juga ditahan bagi membantu siasatan susulan sumbangan yang diterimanya berikutan dakwaan tersebut.

“Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” kata Petronas.

Menurut Petronas lagi, ia tidak berkompromi dengan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktornya.

“Ia selaras dengan dengan tata kelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat dengan Petronas dan kumpulan syarikat ini,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial dakwaan seorang pekerja Petronas di Pengerang yang mendakwa kehilangan 14 ahli keluarga termasuk isteri dan tiga anak akibat dijangkiti Covid-19 pada Jun dan Julai.

Lelaki itu turut memohon sumbangan bagi meringankan bebannya.

Semalam Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menyiasat aduan penipuan kononnya 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 yang tular di media sosial.

Kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here