Bekalan air di Hulu Langat, Petaling masih dalam pemulihan – Air Selangor

0
2
Air Selangor

PEMULIHAN bekalan air di 436 kawasan yang terjejas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, telah mencapai 92.2 peratus sehingga jam 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan peratusan pemulihan bekalan air di wilayah Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat telah mencapai 100 peratus, sementara di Hulu Langat 92.6 peratus dan Petaling 81.4 peratus.

Air Selangor juga menyarankan agar pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kelmarin, LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau menyebabkan 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air.

Insiden itu berlaku kali kedua dalam tempoh tiga hari selepas insiden sama terjadi di LRA Sungai Semenyih pada Selasa lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here