Tahniah! Liek Hou sumbang emas kedua negara

0
2

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang emas kedua negara dalam temasya Paralimpik Tokyo 2020, di Stadium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo, sebentar tadi.

Beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam aksi final, 21-17, 21- 15 yang mengambil masa kira-kira 50 minit bagi kategori SU5.

Terdahulu Liek Hou mara ke pusingan akhir selepas menundukkan pemain Taiwan, Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir.

Sementara itu, Dheva melangkah ke final selepas menundukkan rakan senegaranya, Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, Liek Hou menang dalam pertemuan terakhir dengan Dheva ketika aksi final Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai, April lalu yang menyaksikan dia muncul juara.

Malaysia kini mengumpul dua emas dan dua perak pada temasya Paralimpik Tokyo 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here