2 bekas menteri taruhan Warisan pada PRN Sabah

0
4

Muhammad Mustakim Ramli

DUA bekas menteri era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking iaitu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dicalonkan bagi kerusi Moyog.

Datuk Darrel Leiking

Manakala, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi Segama.

Datuk Mohamaddin Ketapi

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Majlis Pelancaran Visi dan Warisan Plus, tengah hari tadi.

Pada majlis itu, Shafie turut mengumumkan senarai 46 calon Warisan serta tujuh calon DAP dan satu calon Amanah yang menggunakan logo Warisan.

Ketua Menteri Sabah itu pula akan mempertahankan kerusinya di Senallang.-Malaysiapost