Undi18: ‘Umno kena buktikan golongan muda ada ruang dalam parti’ – Shabery

0
2
Kredit: UMNO Online

UMNO perlu mengambil langkah segera membuktikan golongan muda mempunyai ruang dalam parti itu demi mengembailkan kepercayaan kelompok berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata perkara itu perlu dititikberatkan Umno kerana Undi 18 sudah dipersetujui oleh semua parti.

Katanya, Umno berdepan cabaran kerana pembentukan Kabinet baru-baru ini, tidak dibarisi oleh kepimpinan muda seperti mana yang diharapkan kumpulan berkenaan.

“Undi 18 adalah realiti. Tak boleh ditangguh2 lagi. Dah dipersetujui semua parti.

“Cabaran Umno, peluang lantik orang muda dalam kabinet baru ni tak diambil. Orang muda perhatikan semua ini,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, beliau berkata, Umno perlu bertindak mengembailkan kepercayaan golongan muda sekiranya tidak mahu ‘ditinggalkan’ mereka.

“Kena ada langkah segera buktikan Umno ada ruang untuk anak muda. Kalau tidak, jangan marah ditinggalkan lagi.

“Lanskap baru dibuat sendiri. Air pasang dan bah boleh datang lagi. Boleh dijangka mana tempat yang mudah ditenggelami,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery secara sinis berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu juga boleh mengulangi janji untuk menghapuskan Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya mahu menang Pilihan Raya Umum akan datang.

“PAS pun janji PTPTN yang lebih menarik daripada PH. Kalau boleh yakinkan kali ke 2, boleh menang lagi,” katanya.

Semalam, lima belia yang mewakili pertubuhan Undi Sarawak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching Sarawak mengarahkan kerajaan melaksanakan Undi18 sebelum 31 Disember ini, memberi hak mengundi kepada golongan itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: UMNO Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here