Polis siasat video tular 2 lelaki bergaduh

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS akan menjalankan siasatan berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua lelaki di hadapan sebuah kedai keropok lekor di Bagan Serai, Perak, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu menerusi Facebook dan Twitter kira-kira jam 4 petang.

“Melalui paparan video tersebut, kejadian didapati berlaku di hadapan Kedai Keropok Lekor Rosri, Parit 2, Bagan serai.

“Satu laporan polis juga sudah dibuat Pegawai Polis Bahagian Siatan Kenayah IPD Kerian untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7215222,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here