Myvi hanyut ditemui, identiti mangsa dikenalpasti

0
2

IDENTITI kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama, Kota Kinabalu petang semalam, sudah dikenal pasti.

Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi hari ini

“Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.

“Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, Agustavia berkata, mangsa belum dapat dikeluarkan dan usaha untuk melakukan operasi itu sedang dilakukan.

Dalam kejadian semalam, sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dilaporkan melintas sebuah jambatan yang dinaiki air namun hanyut selepas dibawa arus deras. – Malaysiapost

Foto kredit: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here