4 penyamun ditahan, seorang cedera ditembak

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1630662314116","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

POLIS berjaya menahan empat penjenayah warga asing yang baharu melakukan samun di hadapan sebuah bank di Cheras, hari ini dan menemui semula wang samun berjumlah RM150,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, seorang daripada penyamun terbabit turut cedera akibat ditembak oleh pasukan polis yang mengejar suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, berkata empat suspek berkenaan dipercayai warga Amerika Latin dikejar anggota polis selepas menyamun individu di luar bank berkenaan.

“Suspek dipercayai memancitkan tayar kereta mangsa ketika mangsa sedang mengeluarkan wang tunai sebanyak RM150,000 di bank terbabit.

“Polis mengejar kenderaan dinaiki empat suspek berkenaan termasuk dua wanita, dari kawasan bank hingga ke Jalan Berhala, Brickfields,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu polis melepaskan tembakan dalam usaha menghalang suspek melarikan diri, menyebabkan seorang daripada mereka cedera.

“Semua suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan polis berjaya merampas wang RM150,000 yang disamun,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran duit dalam jumlah yang banyak supaya lebih berhati-hati termasuk membawa peneman.

“Modus operandi yang digunakan kebiasaannya adalah memancitkan tayar kereta mangsa sebelum meminta mangsa berhenti dan kemudian menyamun mangsa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here