Taufan Ida ragut 45 nyawa di AS

0
2

SEKURANG-kurangnya 45 orang maut akibat Taufan Ida yang menyebabkan banjir besar dan puting beliung melanda Amerika Syarikat (AS), sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan usatoday.com, terdapat 23 kematian dilaporkan di New Jersey, 15 di New York, lima di Pennsylvania, satu di Maryland dan satu di Connecticut.

Manakala sembilan kematian akibat banjir dan keracunan karbon monoksida telah dilaporkan Louisiana, Mississippi dan Alabama.

Pemerintah New Jersey, Phil Murphy mengesahkan 23 kematian di negerinya dalam sidang akhbar Khamis petang.

“Sebilangan besar kematian adalah mereka yang terperangkap dalam kenderaan akibat banjir dan ditenggelami air,” katanya.

Susulan itu juga, Pejabat Perkhidmatan Cuaca Nasional di New York mengisytiharkan darurat, amaran yang jarang berlaku untuk situasi di mana banjir itu membawa kepada ancaman teruk bagi kehidupan manusia dan bencana.

Di New York City, jalan menjadi seperti sungai serta pangsapuri bawah tanah dan tingkat pertama bangunan digenangi air.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden berkata, kerajaan persekutuan berjanji akan memberi kerjasama penuh dalam usaha pembersihan.

“Mesej saya kepada semua orang yang terjejas – kita semua bersama-sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here