Kerajaan Pahang melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 kepada semua pemilik tanah berdaftar di negeri berkenaan sehingga 30 September ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan tersebut dibuat bagi menghargai komitmen pemilik tanah yang tetap menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah walaupun dalam situasi mencabar akibat pandemik Covid-19.
“Diharapkan pemilik tanah dapat terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah masing-masing.
“Oleh itu, denda lewat hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, kerajaan negeri Pahang telah melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah sehingga 31 Ogos lalu. – Malaysiapost

