PM ucap takziah kepada keluarga Lans Koperal Mohamad Azrin

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1630483975993","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang lemas di Sungai Pahang. 

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan perasaan sedihnya terhadap kematian Mohamad Azrin yang mayatnya dijumpai hari ini berhampiran Kampung Serengkam, Maran. 

“Satu berita yang menyedihkan kita terima hari ini, jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang hilang beberapa hari lalu telah dijumpai.

“Allahyarham merupakan wira kita yang menyertai eksesais Para Predator, di Sungai Pahang pada 29 Ogos lalu.

“Takziah daripada saya kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya. 

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan penemuan jasad anggotanya daripada 10 Briged Para (10 Bgd Para), Lans Koperal Mohamad Azrin  di Sungai Pahang, 8.15 pagi tadi.

Allahyarham merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am Bera, Ahad lalu.

TDM turut menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here