KES harian Covid-19 mencatatkan trend penurunan dua hari berturut-turut dengan 18,762 kes baharu direkodkan hari ini, berbanding 20,897 semalam.
Menerusi data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, berdasarkan kes harian hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 1,765,016.
Kes baharu di Selangor juga mencatatkan penurunan dengan 3,711 kes hari ini berbanding 4,371 semalam, namun masih merekodkan jangkitan paling tinggi antara negeri.
Ia diikuti Sabah dengan merekodkan 2,430 kes baharu, Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585), dan Kelantan (1,504).
Sementara itu, negeri yang mencatatkan jangkitan di bawah 1,000 adalah Perak dengan 899 kes, Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309), dan Negeri Sembilan (291).
Manakala, kes harian di Perlis merekodkan 33 kes baharu, Putrajaya (34) dan Labuan sebanyak tiga kes. – Malaysiapost

