Minta maaf Malaysia – Ziyad

0
4

JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli memohon maaf kepada suluruh rakyat Malaysia.

Permohonan maaf itu dizahirkan atlet kelahiran Selangor itu sejurus rayuan Malaysia untuk mengekalkan pingat emas yang diraihnya pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020 semalam, ditolak dalam mesyuarat Cheif de Mission (CDM) pagi ini.

“Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Terdahulu, penolakan rayuan yang dibuat kontinjen Malaysia sekali gus mengesahkan Muhammad Ziyad terlepas pingat emas lontar peluru kategori F20 yang dimenanginya semalam.

Muhammad Ziyad mencatatkan 17.94 meter (m) pada lontaran ketiga untuk meraih emas, sekali gus memecah rekod dunia 17.29m miliknya sendiri yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.

Bagaimanapun kejayaan itu dibatalkan susulan protes kem Ukraine sejurus keputusan dikeluarkan.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum acara dimulakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here