Jalan di Gaza dinamakan Malaysia Street

0
2

SEBATANG jalan di bandar Gaza, Palestin dinamakan sebagai Malaysia Street hari ini.

Berita menarik itu dikongsi di laman Twitter oleh seorang pemuda Palestin dikenali sebagai Muslim Imran.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Gaza bersetuju menamakan sebatang jalan di daerah barat bandar itu sebagai Malaysia Street sempena memperingati hari kemerdekaan Malaysia, hari ini.

Dalam ciapan itu, Muslim turut memuat naik gambar memaparkan beberapa pekerja sedang membina papan tanda ‘Malaysia Street’ di jalan terbabit.

Muslim juga mengucapkan kepada Malaysia, “Selamat hari merdeka Malaysia, ikhlas dari rakyat Palestin.”

Terdahulu dilaporkan bendera Malaysia turut berkibar di tiang-tiang lampu di sekitar jalan raya bandar Gaza hari ini.

Beberapa video dan gambar tular di media sosial memaparkan Jalur Gemilang berkibar di bumi Gaza yang turut meraikan kemerdekaan ke-64 Malaysia hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here